Sunday, December 2, 2012

PERUBAHAN

Setiap kali menyambut ketibaan tahun baru kita sering memperkatakan tentang azam dan perubahan. Apakah yang perlu berubah dan bilakah perubahan itu perlu dilakukan?
 
Perubahan dari lama kepada baru. Dari tidak baik kepada baik. Perubahan secara perlahan atau satu pisangan 360 darjah atau perubahan total. Perubahan berlaku secara sukarela atau mungkin terpaksa atau dipaksa. Nak berubah mesti ikut keadaan dan pastinya perubahan akan secara bersungguh-sungguhkan berlaku.
 
Pokoknya apakah perubahan itu mendatangkan hasil? Apakah hasilnya seperti yang diharapkan, sederhana, cemerlang atau sekadar biasa saja?
 
Untuk mencapai perubahan itu adakah tindakan secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh supaya sikap dan pemikiran difokuskan kepada hasil atau pencapaian yang positif. Paradigma baru yang lebih terarah dapat dihayati dan direalisasikan supaya pemikiran lebih objektif  dan jitu agar perubahan mutlak dapat dicapai.
 
Berubah menjadi insan soleh yang sentiasa melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala tegahan atau larangan Allah sesuai dengan tugas kita dilahirkan kedunia sebagai Khalifah. Penciptaan manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan ingatlah bahawa tiada yang kekal didunia ini. Perjalanan kita masih jauh...bertemu dengan Allah SWT.
 
Jadi berubahlah dan perubahan yang selari dengan apa yang digariskan dalam Al-Quran dan Hadis supaya kita tidak sesat buat selamanya.